BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, 16 Jun 2009

BERTOLAK ANSUR ATAS KETERLANJURAN ORANG LAIN

" Jadilah kamu pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang ma'ruf serta berpalinglah dari orang- orang yang bodoh " ( Surah Al- A'raf: 199 )

Adalah tidak wajar menjauhi saudara hanya kerana 1 @ 2 kebiasaan buruk yg tidak boleh diterima, sementara selebihnya baik. Dalam konteks ini, 1 @ 2 kesalahan masih dapat dimaafkan dan kesempurnaan adalah tingkat yg sgt sukar untuk dicapai.
Al- Kindi, seorang ahli falsafah muslim terkenal telah berkata: " Bagaimana mungkin anda mengharap 1 adab tertentu dari kawan anda, sementara ia terdiri dari 4 tabiat. Jiwa sahaja yang merupakan sebahagian paling dekat dengan manusia dan merupakan pusat kawalan untuk memilih dan berkehendak, tidak boleh memberi kawalannya itu kepada orang yang memilikinya untuk melakukan semua kehendaknya dan tidak boleh pula menyetujui semua yang dikehendakinya. Bagaimana dengan jiwa orang lain?"

" Demikianlah juga keadaan kamu dahulu ( dapat diketahui oleh orang lain akan keislaman kamu dengan memberi salam atau mengucap kalimah Syahadat ), lalu Allah mengurniakan nikmatNya kepada kamu."
( Surah An- Nisa': 94 )

" Maka janganlah kamu memuji- muji diri kamu ( bahawa kamu suci bersih dari dosa ). Dialah sahaja yang lebih mengetahui akan orang- orang yang bertaqwa."
( Surah An- Najm: 32 )

Memadailah jika anda bersedia menerima sebahagian besar dari tabiat saudara anda. Abu Darda' r.a berkata: " Mencela kawan itu lebih baik daripada terpaksa kehilangan dirinya. Siapa orangnya yang boleh mendapat segalanya pada diri saudaranya?" Perkataan Abu Darda' ini kemudiannya memberi ilham kpd para pujangga utk mghasilkan rangkap2 puisi dgn mkna yg sama. Di antaranya Abul Atahiyah:
Saudaraku, siapakah yg boleh mndapat segalanya dari saudara kamu, siapa?
Tinggalkanlah sedikit dari dirimu supaya engkau tidak bosan kepada yang tidak engkau beri.

Kemudian Abu Tamam At- Ta'i berkata: " Orang yang mempunyai akal yang serupa tidak akan menipu kawannya, yakni orang yang mempunyai segalanya dari saudaranya."

Seorang yang bijaksana telah berkata: " Adanya tuntutan terhadap keadilan adalah kerana susahnya mendapat keadilan "

Sementara yang lain berkata: " Sedangkan kita sendiri pun tidak boleh menerima diri kita sendiri, bagaimana mungkin kita boleh menerima orang lain? "

" Janganlah hanya kerana satu aib tersembunyi atau dosa kecil yang boleh ditutupi dengan kebaikannya yang lebih banyak, anda menjadi jauh dari seseorang yang pernah anda puji latar belakangnya, anda terima cara hidupnya, anda ketahui kemuliaannya dan anda ketahui kemampuan berfikirnya, kerana anda tidak akan mendapat seorang pun yang sempurna tanpa satu aib atau dosa. Cubalah letakkan diri anda pd tmpatnya, tdk kah anda trpaksa mlihatnya dengan redha & tdk menilainya dgn pndangan hawa nafsu. Apabila anda mletakkan diri anda pd tmptnya & mnilainya, ada sesuatu yg boleh mmbntu mndpt apa yg anda inginkn & mndkatkan diri anda kpd org yg mmbuat dosa itu. "

An- Nabighah Az- Zubyani berkata:

Tidak pernah kau tinggalkan orang yang tidak pernah engkau cela kerana rambutnya kusut.
Benarkah ada orang bersopan santun dengan sempurna?

kata2 tu tentu tdk bertentangan dgn ap yg digambarkn tntang bagaimana smstinya mmilih kwn & bgaimna smstinya sifat2 yg 4 yg ada dlm diri seorng kwn, bhwa kkurangannya boleh dimaafkan.
oleh itu, brmkna adanya kkurangan pd dirinya mmbwt anda mnjauhinya & brburuk sangka kpdnya, padahal anda tdk mlihatnya sndiri mlakukan pnyimpangan & kmungkaran itu. hndaklah smua kkurangan itu dialihkan ke dlm jiwa yg lapang & hati yg damai.
sebab.......orang ni adakalanya leka mmerhatikan jiwanya, bhagian yg paling hampir dgn dirinya itu. dan...,tu bkn bermksud mmusuhinya dan bosan kpdnya. cube bace kate2 hikmah ni, penat tau PH cari utk padankn dgn tajuk ni.hihi..

" Jangan rosakkan hubungan kamu dengan seorang kawan kerana persangkaan buruk padahal sebelumnya engkau yakin benar akan kebaikannya "

Jaafar bin Muhammad pernah berwasiat kpd anaknya:
" Wahai anakku, siapa di antara kawan2mu yg marah kpd mu sebanyak 3 kali, dan ap yg dikatakan itu adalah benar, maka jadikanlah ia sebagai kawan. "
yg ni pun salah satu yg penting, cube hayatinya:
Al- Hasan bin Wahab telah berkata: " Di antara hak- hak mencintai adalah bersedia memaafkan kesalahan kawan dan menutup mata atas kekurangannya sekiranya ada "

Diriwayatkan dari Ali bin Abi Talib r.a. tentang firman Allah:
" Maka maafkanlah ( mereka ) dengan cara yang baik. "
( Surah Al- Hijr: 85 )
menurut Ali, maksud ayat tersebut adalah redha tanpa mencela.

Ibnu Rumi telah berkata:

Sesungguhnya mereka hanyalah manusia biasa,
dan dunia initidak mungkin lepas dari sebarang cela,
yang membosankan mata atau mencemarkan minuman.
Alangkah tidak adilnya jika engkau menghendaki orang yang sempurna sementara engkau sendiri tidak sempurna.

Ada pula pujangga lain bermadah:

Hubungan kita kekal bersama pertukaran hari-hari perpisahan kita hanyalah hujan di musim semi..
Hujan itu menakutkanmu
namun engkau lihat sebab- sebabnya akan segera berlaku
Berlindunglah kepada Allah jika engkau temui kemarahan..
itu sudah tentulah cumbuan orang yang ditaati atau orang yang mentaati.

" Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama- lamanya."
( Surah An- Nur: 21 )

Engkau inginkan orang yang bersih yang tidak ada aib padanya, mana ada kayu yang wangi tanpa mengeluarkan asap.

" MAKA JANGANLAH KAMU MEMUJI- MUJI DIRI KAMU ( BAHAWA KAMU SUCI BERSIH DARI DOSA ). DIALAH SAHAJA YANG LEBIH MENGETAHUI AKAN ORANG-ORANG YANG BERTAQWA." ( SURAH AN- NAJM: 32 )

0 comments: