BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, 16 Jun 2009

" Dan orang- orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sesetengahnya menjadi penolong bagi sesetengahnya yang lain."
( Surah At- Taubah: 71 )

Kepadanya, jangan mencela dan mengungkit-ungkit sesuatu yang sudah berlalu. Dan jangan mencandainya secara berlebihan. " Jangan membantah saudaramu, jangan bergurau berlebihan dan jangan pula membuat sesuatu janji dengannya kemudian tidak engkau tepati." ( Hadis Nabi )

Kau digelar sebagai penyeri dunia,
Hadirmu melengkap hubungan manusia,
Bukan sahaja dirindui yang biasa,
Malah Adam turut sunyi tanpa hawa.

Akalmu senipis bilahan rambut,
Tebalkan lah ia dengan limpahan ilmu,
Jua hatimu bak kaca yang rapuh,
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh.

Tercipta engkau dari rusuk lelaki,
Bukan dari kaki untuk dialasi,
Bukan dari kepala untuk dijunjung,
Tapi dekat di bahu untuk dilindung,
Dekat jua di hati untuk dikasihi,
Engkaulah wanita hiasan duniawi.

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok,
Jika datangnya dari kayu yang bengkok,
Begitulah peribadi yang dibentuk,
Didiklah wanita dengan keimanan,
Bukannya harta ataupun pujian,
Kelak tidak derita mengharap pada yang binasa.

Engkaulah wanita istimewa..

Sedarilah insan penyeri dunia,
Bahawa kelembutan bukan kelemahan,
Bukan jua penghinaan dari Tuhan,
Bahkan sebagai hiasan kecantikan..

0 comments: