BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Ahad, 21 Jun 2009

Didikan Terhadap Wanita

Kadang2, bila difikirkan,alangkah indahnya hidup ni andai kita ada pada zaman Rasulullah SAW. kita dpt melihat segala kesempurnaan baginda. baginda adil dlm setiap perkara.
PH ada baca 1 buku ni, ada diselitkan sedikit kisah berkaitan dengan kehidupan rumah tangga baginda. so, PH just nk kongsi la dgn kamu smua berkaitan bahan bacaan PH ni.
ok,menurut buku ni, kehidupan Rasulullah SAW dgn isterinya, Siti Zainab binti Jahsy, merupakan kehidupan yg harmoni. Jiwa & akhlaknya berkembang dgn baik & mulia, patuh dgn sgala bimbingan dari Rasulullah SAW. Ummu Salamah brkata, " Zainab binti Jahsy adalah seorang wanita yg solehah,suka brpuasa di siang hari & mngrjakan solat di mlm hari, selain pandai memasak & suka bersedekah dgn hasil usahanya sndiri. Aku tdk pernah mlihat seorang wanita yg lbh baik agamanya drpd Zainab. Lebih taqwa kpd Allah, lbh jujur bicaranya, lbh akrab hubungannya dgn keluarga,lbh besar sedekahnya & lbh besar pengorbanannya, dia bekerja smata-mata utk bersedekah, krn ingin taqarrub kpd Allah SWT.

Ketika terjadinya fitnah terhadap Sayidatina 'Aisyah, Rasulullah SAW menanyakan pendapat Zainab, maka Zainab pun menjawab, " Aku akan memelihara pendengaran & penglihatanku, aku tidak mengetahui melainkan 'Aisyah adalah seorang yang baik."

ok..tu kisah Rasulullah SAW dgn Zainab..
ni kisah baginda Rasulullah dgn salah seorang isteri baginda iaitu Shafiyah.

menurut riwayat Imam Ahmad: Rasulullah SAW menawarkan pilihan kpd Shafiyah: apakah ingin dibebaskan & mnjadi isteri baginda, @ dikirim kmbali kpd kluarganya. Shafiyah memilih utk hidup sbg isteri Rasulullah SAW, maka baginda mnjadikan pembebasannya itu sebagai mas kahwinnya.

setelah penaklukan Khaibar, dlm prjalanan pulang ke Madinah, Rasulullah SAW memerintahkan pasukan baginda utk beristirehat d suatu tmpat. jarak tmpat trsebut lebih kurang 6 Mil dari Khaibar dan baginda ingin mlangsungkan perkahwinannya dgn Shafiyah di situ namun ditolak oleh Shafiyah. tindakan Shafiyah tlh mninggalkan tanda tanya kpd Rasulullah SAW.

kmudian, Rasulullah SAW & rombongan baginda mneruskan prjalanan & sampai la ke suatu tempat yg bernama Asshahba yg jaraknya drpd Khaibar kira2 16 Mil. di situ lah Shafiyah menyatakan persetujuannya utk melangsungkan perkahwinan dgn Rasulullah SAW.lalu baginda mengirimkan Ummu Salamah sbg juru rias yg sentiasa bersedia mlakukan apa2 saja yg disuruh oleh baginda.

setelah Rasulullah SAW & Shafiyah dinikahkan, Rasulullah SAW mghampiri Shafiyah, lalu Shafiyah bangun mnymbut baginda. Rasulullah SAW brtanya kpd Shafiyah " Mengapa engkau menolak ketika istirehat pertama, utk melangsungkan pernikahan ini?" Maka Shafiyah mnjawab: "Aku khuatir akan keselamatan mu wahai Rasulullah,kerana tempat itu terlalu dekat dgn perkampungan kaum Yahudi."
ketika itu, Shafiyah berusia 17 tahun. setelah baginda mngetahui sebabnya, baginda menerima dgn hati yg terbuka.

Jadi..dpt la kita ambil teladan dari sikap Rasulullah trsebut bahawa seorang suami harus menghargai keinginan isteri & menerima baik alasan2nya, agar trbentuknya kerukunan & kedamaian dlm berumahtangga. Jangan memaksa kehndak kita terhadap orang lain, sedangkan orang lain mmpunyai cadangan yg lebih baik drpd apa yg kita inginkan.ni nasihat utk smua..

Rasulullah SAW mmbimbing isteri2 baginda dgn cara memulainya terlebih dahulu. Baginda mempraktikkan di hadapan isteri2 baginda, dan dgn sndirinya isteri2 baginda akan mengikut & mematuhinya. Dan akhirnya, isteri2 baginda merupakan isteri2 yg solehah & bertaqwa kpd Allah & mulia budi pekertinya..

SETIA SEORANG ISTERI

Di sebalik redup matamu..
Tersimpan satu rahsia..
Yang terbuku di ruangan hatimu..
Di sebalik senyumanmu..
Tersirat simpulan..
Deritanya hanya kau yang tahu..

Kau setia menanti..
Kau setia mengharungi..

Biarpun ribut badai melanda..
Kau teguh berdiri..
Walau deras angin menderu..
Kau tetap di sisi..

Ku doakan agar kau kan bahagia..
Ku doakan agar tiada lagi derita..
Moga Tuhan kan merahmatimu..
Di syurga yang selayaknya..
Untuk seorang isteri yang setia..

Setiamu kuhargai..
Kau lah isteri yang kusanjungi..
Kerana engkaulah bidadari..
Yang bersemi di hati..

0 comments: