BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 11 Jun 2009

PETUA^_*

PH sbenarnya tahu kamu smua tentu boring dgn blog PH ni.hihi..
hmm..jadi.PH selitkan sedikit informasi lain utk tatapan kamu smua.jom baca.

GAMAT
- kamu smua tentu tahu apa itu GA-MAT.
Gamat atau timun laut ni merupakan spesis haiwan yg unik.nak tahu knapa?
apabila gamat ni dipotong kpd dua,gamat akan bercantum kembali.jadi...gamat ni sesuai la sangat untuk mengubati luka.
tapi bukan semua luka tau..luka yg nampak berdarah ja.contohnya luka di jari akibat terkena pisau..haa..boleh la sapukan minyak gamat tu.kalau "luka di hati"...
PH tak tahu.hihi..bwat tak tahu jer..(eh2..yeke ni PH yg cakap ni??) ubatilah dgn zikir..n doa..

CINCAU
- PH rasa, mungkin ramai di antara kita yg suka minum air cincau ni, sama ada sejuk atau panas. ia memang sedap dan menyegarkan. namun...kamu smua tahu tak khasiat cincau atau nama saintifiknya 'grass jelly' ni??
ok, cincau yg kita makan adalah dalam bentuk agar-agar yg terhasil dengan merebus rumput atau daun pudina atau pokok cincau [ Mesona Chinensis ], bersama kalium karbonat. hasil pengekstrakkan air rebusan itulah akan menghasilkan cincau.
hmm..lagi..cincau ni terdapat dalam dua jenis iaitu cincau hijau dan juga cincau hitam.
dan...antara khasiatnya adalah, ia mampu meredakan panas dalaman, sembelit, kembung perut, demam dan diarea, selain membersihkan organ pencernaan daripada zat karsonogen yang merupakan penyebab kanser. menurut kajian lagi, tumbuhan cincau mengandungi karbohidrat yang mampu menyerap air. cincau juga mengandungi kandungan alkolid yang cukup banyak sebagai bahan ubat dan anti kanser.^_^
dah dulu yaa..nnti ada lagi,PH akn tintakan di blog ni.
slamat mencuba!!eh,tapi..kalau xmenjadi tu,jgn marah PH tau.

0 comments: