BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sabtu, 27 Jun 2009

SUDAH TERLANJUR BERCINTA

PENGALAMAN telah menunjukkan pasangan suami isteri yang menjaga pergaulan mereka sebelum berkahwin...,selalunya lebih bahagia..lebih kekal..& mendapat keberkatan dalam rumahtangga berbanding dengan mereka yang mengabaikannya.
hmmm...bagi PH, pendapat tu betul.sebabnye...kalau kita jaga pergaulan masa bercouple ni, terlalu banyak kebaikannya. insyaAllah kita pun tak dimurkai Allah. dan, usia perkahwinan pun kekal lama.mungkin ada yg bercerai, tapi bilangannya sangat kecil.
dan.....bagi yang tidak menjaga batas2 yang disyari'atkan oleh agama, bukan setakat tidak kekal, kadang2 sebelum menjejakkan kaki ke gerbang perkahwinan pun dah putus cinta, 'frust'...

jadi...nasihat dari PH..ingatlah..,selalunya,orang yg nak mendirikan rumahtangga ni diibaratkan seperti nak membina masjid,betul tak??
jadi, kamu semua fikirlah sendiri..boleh ke masjid dibina dengan menggunakan wang haram??bertapak pada tanah yg haram??sure jawapannya 'TIDAK', kan?? jadi sama la juga ikatan perkahwinan yg dibina atas dasar cinta, tapi mengabaikan syari'at2 Islam dan landasan yg ditetapkan oleh Allah SWT. Ia sama la..hakikatnya...,'masjid' yg dibina tu melalui wang & tapak yg haram..sebab tu la cepat sangat robohnya..

Walaupun pernikahan itu nanti tetap sah, namun jika pasangan tidak bertaubat atas dosa2 lampau yg pernah mereka lakukan masa bercouple zaman dulu2....,perkahwinan itu tidak akan kukuh, bahkan akan mudah runtuh bila mendapat ujian di alam rumahtangga.
jadi..,tak mustahil keindahan alam percintaan akan sirna sebaik sahaja melangkah ke gerbang perkahwinan..
rugikan???yelaaa..,alam rumahtangga tu kan sebenarnya lebih hakiki dan abadi kalau nk dibandingkan dgn alam percintaan tu...

ok..kepada yg bercinta tu..apa yg penting, tanyalah hati sendiri, "untuk apa aku bercinta?"
Jika niat benar-benar suci, iaitu untuk bernikah ( kerana itu tuntutan Allah dan mengikut sunnah ), maka peliharalah niat yg suci itu dengan sebaiknya. jangan dicemari dgn anasir2 lain..
Kalau bercinta sekadar nk bersuka-suka, maka hentikan lah. bimbang kalau2 syaitan akan mencelah..

jadi...bagi mereka yg hatinya telah 'dicuri' tu pula...( cinta tak terungkap la ni..sedihnya..hee )..berdoa lah pada Allah..jadikan lah si dia sebagai pemangkin semangat..utk maju..berjaya..utk memperbaiki diri..jadikan si dia sebagai pembimbing..sekurang- kurangnya, fikirlah dan anggaplah si dia sebagai perantaraan antara kita dgn Allah..anggap bahawa Allah hadirkan si dia dlm hidup kita untuk kita lebih mendekatiNya sebagai Pencipta kita dan Pencipta CINTA..jadi,iringkan lah dgn doa..mudah-mudahan Allah permudahkan segalanya..
bercinta @ bercouple ni tak salah tapi..ikutlah landasan2 yg telah ditetapkan...ikutlah peraturan..
dan paling penting, yakinlah dengan JANJI Allah SWT melalui lidah kekasihNya Nabi Muhammad SAW : " Jika seorang hamba Allah menahan keinginannya dari sesuatu yang haram ( kerana Allah ), maka Allah akan memberikan sesuatu yang diingininya itu mengikut jalan yang halal." [ Al- Hadith ]
ni PH nk kongsi pendapat yg pernah PH dengar..ia dituturkan oleh seorang penceramah..
katanya..Cinta ni, kalau tidak mendorong kita ke arah kebaikan, tidak mendorong ke arah syari'at dan landasan Islam...,itu bukan lah cinta dan sayang..tapi itu adalah nafsu..

jadi..sama2 lah kita fikir2kan...

cuba kita hayati bait kata- kata ni :

MAHAR CINTA

Andainya..
Dapat engkau mendengarkan..
Suara di hatiku melagukan rindu..
Kiranya..
Engkau mampu mentafsirkan..
Setiap bait kata- kata yang terucap..
Pasti dirimu kan memahami..
Harapan kasih yang terbina sekian lama di sudut hatiku..
Hanyalah untukmu..

Bukanlah aku sengaja..
Melindungi rasa di jiwa..
Namun bimbang diri kan terleka..
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah hingga terabai segala cita..
Sedang khayalan tak menjanjikan segunung kebahagiaan..
Sebagai MAHAR HANTARAN..

APAKAH MUNGKIN ENGKAU MENGERTI..
SETIAP CINTA YANG DILAFAZKAN..
BUKANLAH SEKADAR MAINAN..
TETAPI SEBUAH JANJI..

Bukanlah aku sengaja..
Melindungi rasa di jiwa..
Namun bimbang diri kan terleka..
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah hingga terabai segala cita..
Sedang khayalan tak menjanjikan segunung kebahagiaan..
Sebagai MAHAR HANTARAN..

APAKAH MUNGKIN ENGKAU MENGERTI..
SETIAP CINTA YANG DILAFAZKAN..
BUKANLAH SEKADAR MAINAN..
TETAPI SEBUAH JANJI..

Andainya..
Dapat engkau mendengarkan..
Suara di hatiku melagukan rindu..
Kiranya..
Engkau bisa mentafsirkan..
Setiap bait kata-kata yang terungkap..
Pasti dirimu dapat melihat..
Rahsia kasih yang terpendam sekian lama di sudut hatiku..
Hanyalah untukmu..
Selamanya..

" Biarlah kita beralas adat..
Demi menjaga bangsa berdaulat..
Agar kita dapat syafa'at..
Di akhirat.."

Inilah WARNA cinta yg sebaiknya..
" CINTA SESAMA INSAN..
SUBURKAN DENGAN KETAQWAAN.."


2 comments:

$hakirShafiee™ berkata...

Nabi ada bersabda : Wahai sekalian pemuda, bagi sesiapa yg mampu dari kamu. Maka berkahwinlah.

Mafhum hadis ini. Menunjukkan xdak paksaan dalam perkahwinan tersebut. Tidak ada istilah couple dalam islam sebenarnya. Sangat ditegah disebabkan bnyk keburukan dan kebaikan. Cinta yg hakiki hanya padanya sahaja dan tiada tolok tandingannya. Semoga kita bertemu jodoh kita. Ameenn

Unknown berkata...

Sudah terlanjur bercinta dan di cintai..cewah..hehhee