BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 11 Jun 2009

WANITA LAGI????


^_^ ceriakan hari kita dengan senyuman!!takmo la masam2..ye?
skarang ni jam kt depan PH menunjukkan pukul 6.50am..
hmm..PH harap kamu semua tak bosan dengan blog PH ni..asyik berkaitan wanita je,kn??actually,PH bwt blog ni memang PH nk berkongsi idea,cerita, tentang WANITA.
wanita kan digelar sebagai Hiasan Dunia?dan seindaah hiasan tu adalah wanita yang solehah..

KEMULIAAN WANITA

ok,actually lepas solat subuh tadi,PH ada terbaca 1 ruangan Nur Islam dlm sebuah majalah.dlm majalah tu ada membicarakan tentang Kemuliaan Wanita.
skarang ni boleh dikatakan musim kenduri sebab banyak sangat majlis2 perkahwinan diadakan.family PH sndiri banyak terima undangan.spupu lelaki PH pun 3 orang yg tamatkan zaman single masing2.kita nak membina keluarga yg bahagia ni biarlah sesuai dengan landasan dan syari'at Islam,salah satunya dari segi akhlak.kaum lelaki sudah semestinya ingin memilih wanita yg solehah sebagai isteri,begitu juga kaum wanita yg menginginkan lelaki yg soleh sebagai suami dan pembimbing dalam rumah tangga.itu lah antara syarat yg boleh membentuk keluarga yg bahagia.kita doakan kpd mereka yg telah selamat diijab qabulkan tu mudah-mudahan mreka smua kekal bahagia hingga ke syurga..Amin..


jom kite patah balik pada artikel yg PH nk kongsikan bersama tadi.
ok,Islam mmberikan perlindungan dan jaminan terhadap martabat wanita dan mengangkat kedudukan wanita ke arah yg lebih mulia. Allah SWT telah memelihara dan menyambung keturunan Nabi Muhammad SAW melalui puteri baginda,SITI FATIMAH.kelahiran putera2 SITI FATIMAH iaitu HASAN & HUSIN membawa berkat,dan sentiasa dalam rahmat & pemeliharaan Allah SWT. Rasulullah SAW telah memberikan contoh terbaik utk menjadi sebagai seorang ayah yg baik. Baginda mengangkat darjat puteri2 baginda. contohnya ketika baginda pergi meninggalkan kampung halaman,Fatimah lah orang terakhir yg baginda temui.
setelah baginda pulang dari perjalanan@peperangan, baginda terus pergi ke masjid dan bersolat 2 raka'at.kemudian baginda pergi menemui puteri2 buah hatinya,baru lah baginda ke rumah isteri2 baginda.
seandainya Siti Fatimah datang menziarahi ayahandanya, maka Rasulullah SAW akan menyambut dan memberikan ciuman kpd puterinya itu, kemudian disuruh duduk sebelah baginda. begitu juga sekiranya baginda mengunjungi Siti Fatimah, maka dia akan menyambut kehadiran ayahandanya dan diciumnya Rasulullah SAW dengan penuh kasih sayang, kemudian baginda duduk di samping puteri baginda yg tercinta itu.
kamu smua, lihat lah betapa mulianya Siti Fatimah di hati Rasulullah SAW.
sehinggakan baginda berkali-kali menyebut hadis yg bermaksud: "Bahawa Fatimah adalah sebahagian dari diriku. Aku berdukacita jika dia berdukacita, dan aku akan lega jika ia senang. Sesiapa sahaja yang menyebabkan ia marah, sama dengan membuat aku menjadi marah. Fatimah buah hatiku, adalah wanita penghuni syurga." ( Hadis Riwayat Ahmad,Al-Hakim dan Bukhari ).

baginda juga mengajarkan kepada para sahabat, bahawa penghargaan kepada anak2 perempuan dan berbuat baik kpd mereka, merupakan taqarrub iaitu cara mendekatkan diri yg paling besar kpd Allah SWT yg layak memperolehi syurga dan keredhaanNya. Baginda pernah bersabda: " Barangsiapa yang mempunyai tiga orang anak perempuan, maka ia bersabar hidup dalam suka dan duka, maka ia akan dimasukkan ke dalam syurga kerana Rahmat Allah kepada perempuan tersebut. seorang sahabat baginda bertanya: bagaimana kalau hanya dua orang perempuan,ya Rasulullah? Baginda menjawab: walaupun hanya dua orang. sahabat bertanya lagi: bagaimana kalau seorang sahaja, ya Rasulullah? maka baginda menjawab : ya, walaupun hanya seorang."

mari bersama-sama kita renung, hayati, dan fahami mutiara kata dari PH ni..penat tau nak susun ayat.kalau tak menarik, ampun dan maaf dipinta^_*

*~*~ " Gadis yang MUSLIMAH..malunya mengatasi perawan, beraninya mengatasi pahlawan, Cinta dan Kasih Sayangnya terhadap insan bergelar lelaki bukan pada asyiknya angan-angan, mahupun gambaran, rindunya pada insan bergelar lelaki bukan pada pertemuan, tetapi.. Cinta, Kasih Sayang, dan Kerinduannya pada seorang insan bergelar lelaki tersemat kukuh di dalam hati bersama-sama doa, berdiri teguh di dalam hati seiring dengan KETAQWAAN dan KEIMANAN."

kata-kata yg PH tintakan di atas tadi, kata-kata yang lahir dari hati PH. mungkin insan itu tidak akan membacanya di sini, jadi,PH sekadar ingin berkongsi dengan kamu semua.^_^

0 comments: