BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, 15 September 2009

AKU MAHU BERUBAH

Ya Allah..
Ku bersyukur dengan nikmat Pancaindera yang Engkau kurniakan,
Dengan penglihatan,
Aku dapat melihat segala kekuasaanMu..
Mengagumi segala kebesaranMu..
Namun,
Dengannya jualah,
Aku melakukan kemungkaran terhadapMu,
Menjerumuskan diriku ke lembah dosa,
Melihat pada yang tidak sepatutnya,
Membuatkan diri ini alpa..
Saat hidayahMu tiba,
Seketika ku tersedar..
Mungkin belum terlambat..
Untuk ku pahatkan dalam diri..
Bahawa..
Aku Mahu Berubah!!

Ya Allah..
Jika dulu aku angkuh di bumiMu,
Alhamdulillah..
HidayahMu mematahkan keangkuhanku..
Membangunkan sifat malu..
Yang selama ini tersorok dalam diri..
Kutundukkan pandanganku..
Yang selama ini meliar..
Kutimbulkan kekeliruan pada dunia sekelilingku..
Ku ketepikan segala teguran sinis..
Kutekadkan dalam kalbuku..
Bahawa..
Aku Mahu Berubah!!

Ya Allah..
Jika dulu aku lalai dalam menunaikan hakMu,
Terleka diriku dengan duniawi,
Sehingga terkadang ku abaikan ukhrawi,
Subhanallah..
Sesungguhnya kekuasaanMu paling agung,
Kau sedarkan aku di saat aku hanyut..
Masih tidak terlambat,
Untuk satu perubahan,
Kuakur pada kekuasaanMu..
Lantas,
Kusematkan dalam hatiku,
Bahawa,
Aku Mahu Berubah!!

Ya Allah..
Kupohon hidayahMu..
Duhai ayahanda dan bonda..
Sahabat-sahabat..
Serta..
Temanku..
Bantulah daku..
Bimbinglah daku..
Dalam mencari..
Cinta yang paling agung..
Cinta yang Esa..
Sesungguhnya..
Cinta itulah yang akan mengharumkan cinta anugerah Pencipta Cinta..

1 comments:

The Cendol Champion berkata...

Assalamualaikum wbt

nak share jugak yer.thank Q, salam perkenalan