BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, 15 September 2009

WANITA...MUTIARA YANG TERPELIHARA..

Salam..
Untukmu yang bergelar muslimah..

- Allah menghalalkan kepadamu memperhias diri dengan perhiasan dari emas & sutera yang Dia haramkan bagi kaum lelaki. Rasulullah SAW bersabda: " Kedua- dua perhiasan ini (emas & sutera) diharamkan bagi lelaki dan dihalalkan bagi wanita ". (HR. Ibnu Majah dari Ali bin Abi Thalib). Ia halalkan semua ini untukmu demi menjaga kecantikanmu dan sesuai dengan sifatmu yang lembut.

- Sebaliknya Allah mengharamkan segala sesuatu yang dapat menghilangkan sifat kewanitaanmu yang halus dan lembut itu baik dari segi berpakaian, bertingkah dan perilaku yang menyerupai lelaki, demikian juga lelaki diharamkan menyerupai wanita dalam berpakaian, gerak dan tingkah laku, kerana hal itu tidak sesuai dengan jiwa dan tabiatnya. Rasulullah SAW bersabda: " Allah melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita memakai pakaian lelaki ". (HR. Abu Daud dari Abu Hurairah ra.)

- Allah melindungi kelemahanmu dan menempatkanmu selalu dalam naungan lelaki, Dia tidak menuntut kamu mencari penghidupan untuk memenuhi keperluanmu atau keperluan orang lain, tetapi kaum lelakilah yang diwajibkan memenuhi segala keperluan hidupmu, kerana Dia tidak mahu engkau susah dalam kehidupan demi sesuap nasi agar engkau tidak terhina.
Jika engkau seorang gadis, ayah dan saudara lelaki lah yang wajib memenuhi keperluanmu, jika kau seorang ibu, anak lelakilah yang dituntut menjamin keperluan hidupmu, dan jika engkau seorang isteri, suami mu lah yang harus bertanggungjawab untuk kesemua keperluanmu, lalu jika tidak ada seorang antara mereka yang menjamin keperluan hidupmu maka Allah mewajibkan kepada pemerintah untuk memenuhi semua keperluan hidupmu yang asasi.

- Allah memerintahkan kepadamu menjaga pandanganmu terhadap kaum Adam agar syaitan tidak menjerumuskanmu ke dalam lembah yang hina. Allah berfirman: " Katakanlah kepada wanita yang beriman: " Hendaklah mereka menahan pandangan mereka..."

- Allah memerintahkan kepadamu menjaga tubuhmu daripada tangan- tangan jahil dan penghinaan mata- mata yang jahat dengan membalutnya menggunakan pakaian mulia kecuali muka & telapak tanganmu. Allah berfirman: "....dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka, kecuali yang (biasa) nampak dari mereka, dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka..."

- Allah memerintahkan kepadamu tidak menampakkan perhiasanmu yang tersembunyi seperti rambut, leher, betis, dan lengan tanganmu kecuali kepada suamimu, dan orang2 yang termasuk mahram bagimu. Allah berfirman dan ertinya: "...dan janganlah menampakkan perhiasan mereka, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera2 mereka, atau putera2 suami mereka, atau saudara2 mereka, atau putera2 saudara laki2 mereka, atau putera2 saudara perempuan mereka, atau wanita2 Islam, atau kanak2 yang mereka miliki atau pelayan2 lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak yang belum mengerti tentang aurat wanita..."

- Allah memerintahkan kepadamu berjalan dengan santai dan berbicara dengan nada rendah sehingga engkau nampak berwibawa dan terhormat. Allah berfirman: " ....dan janganlah mereka menghentak-hentakkan kaki mereka agar tidak diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan..."
"....maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya..."

- Allah memerintahkan kamu menghindari segala sesuatu yang dapat menarik perhatian kaum lelaki kepada dirimu dan tergoda dengan penampilanmu dengan mengikuti perilaku kaum jahiliyah pertama atau kaum jahiliyah abad ini.
Rasulullah SAW bersabda: " Wanita yang memakai wangian lalu keluar dari rumahnya agar orang2 mencium aromanya adalah penzina ". (HR. Abu Daud)

- Allah melarangmu berdua-duaan dengan lelaki selain suami dan mahram mu agar syaitan tidak menjatuhkanmu ke jurang kehinaan. Rasulullah SAW bersabda: " Janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang wanita dan janganlah pula ia pergi kecuali didampingi mahramnya " (Muttafaqun 'alaih)

hmmm..seseorang pernah mengingatkan PH..
katanya...: sebagai wanita, kesalahan dan masa lalu mu tdk sebaiknya diungkit sptmana yg telah disabdakan olh baginda.jika diungkit setelah kamu berubah, maka berdosa lah si pengungkit itu dan bertambahlah pula pahala buatmu.katanya lagi..." Ya'fullahu 'amman tolabal 'afwaminhu "..jadi, perbaiki kehidupan baru dgn menoleh sejenak pada sejarah agar tdk terulang perkara yg sama.tdk ad seorng manusia pun yg sempurna,terlepas dri kesilapan, noda dan dosa, tdk ad seorng pun yg berhak merendahkan org lain,menilai org lain, mnjatuhkan maruah org lain dan mmbuka keaiban org lain krana...tiada seorang manusia pun yg sempurna..masing2 punyai kelebihan dan kekurangan..katanya..ap yg penting..." sana'ishu fil aakhirati 'ishatan abadiyyah ".,katanya lagi..dalam pemikiran wanita ada kekurangan,tetapi dalam hati mereka ada kelebihan..katanya lagi..lelaki yg sengaja merendahkan kaum wanita merupakan lelaki yg paling rendah martabatnya kerana lelaki seharusnya membimbing dan menunjukkan kewibawaan dan kepimpinan yang berhikmah sebagai seorang ketua..katanya lagi.ikuti lah landasan syariat,menasihati sesiapa sahaja,tdk mngira jantina,darjat dan keturunan demi kebaikan bersama..saling tegur-menegur dan membimbing antara satu sama lain merupakan sesuatu yg penting demi mnjaga keharmonian..katanya lagi..air yang keruh jgn terus dibuang... ambil,dan jernihkan ia semula...^_^

AKU MAHU BERUBAH

Ya Allah..
Ku bersyukur dengan nikmat Pancaindera yang Engkau kurniakan,
Dengan penglihatan,
Aku dapat melihat segala kekuasaanMu..
Mengagumi segala kebesaranMu..
Namun,
Dengannya jualah,
Aku melakukan kemungkaran terhadapMu,
Menjerumuskan diriku ke lembah dosa,
Melihat pada yang tidak sepatutnya,
Membuatkan diri ini alpa..
Saat hidayahMu tiba,
Seketika ku tersedar..
Mungkin belum terlambat..
Untuk ku pahatkan dalam diri..
Bahawa..
Aku Mahu Berubah!!

Ya Allah..
Jika dulu aku angkuh di bumiMu,
Alhamdulillah..
HidayahMu mematahkan keangkuhanku..
Membangunkan sifat malu..
Yang selama ini tersorok dalam diri..
Kutundukkan pandanganku..
Yang selama ini meliar..
Kutimbulkan kekeliruan pada dunia sekelilingku..
Ku ketepikan segala teguran sinis..
Kutekadkan dalam kalbuku..
Bahawa..
Aku Mahu Berubah!!

Ya Allah..
Jika dulu aku lalai dalam menunaikan hakMu,
Terleka diriku dengan duniawi,
Sehingga terkadang ku abaikan ukhrawi,
Subhanallah..
Sesungguhnya kekuasaanMu paling agung,
Kau sedarkan aku di saat aku hanyut..
Masih tidak terlambat,
Untuk satu perubahan,
Kuakur pada kekuasaanMu..
Lantas,
Kusematkan dalam hatiku,
Bahawa,
Aku Mahu Berubah!!

Ya Allah..
Kupohon hidayahMu..
Duhai ayahanda dan bonda..
Sahabat-sahabat..
Serta..
Temanku..
Bantulah daku..
Bimbinglah daku..
Dalam mencari..
Cinta yang paling agung..
Cinta yang Esa..
Sesungguhnya..
Cinta itulah yang akan mengharumkan cinta anugerah Pencipta Cinta..

Sabtu, 27 Jun 2009

SUDAH TERLANJUR BERCINTA

PENGALAMAN telah menunjukkan pasangan suami isteri yang menjaga pergaulan mereka sebelum berkahwin...,selalunya lebih bahagia..lebih kekal..& mendapat keberkatan dalam rumahtangga berbanding dengan mereka yang mengabaikannya.
hmmm...bagi PH, pendapat tu betul.sebabnye...kalau kita jaga pergaulan masa bercouple ni, terlalu banyak kebaikannya. insyaAllah kita pun tak dimurkai Allah. dan, usia perkahwinan pun kekal lama.mungkin ada yg bercerai, tapi bilangannya sangat kecil.
dan.....bagi yang tidak menjaga batas2 yang disyari'atkan oleh agama, bukan setakat tidak kekal, kadang2 sebelum menjejakkan kaki ke gerbang perkahwinan pun dah putus cinta, 'frust'...

jadi...nasihat dari PH..ingatlah..,selalunya,orang yg nak mendirikan rumahtangga ni diibaratkan seperti nak membina masjid,betul tak??
jadi, kamu semua fikirlah sendiri..boleh ke masjid dibina dengan menggunakan wang haram??bertapak pada tanah yg haram??sure jawapannya 'TIDAK', kan?? jadi sama la juga ikatan perkahwinan yg dibina atas dasar cinta, tapi mengabaikan syari'at2 Islam dan landasan yg ditetapkan oleh Allah SWT. Ia sama la..hakikatnya...,'masjid' yg dibina tu melalui wang & tapak yg haram..sebab tu la cepat sangat robohnya..

Walaupun pernikahan itu nanti tetap sah, namun jika pasangan tidak bertaubat atas dosa2 lampau yg pernah mereka lakukan masa bercouple zaman dulu2....,perkahwinan itu tidak akan kukuh, bahkan akan mudah runtuh bila mendapat ujian di alam rumahtangga.
jadi..,tak mustahil keindahan alam percintaan akan sirna sebaik sahaja melangkah ke gerbang perkahwinan..
rugikan???yelaaa..,alam rumahtangga tu kan sebenarnya lebih hakiki dan abadi kalau nk dibandingkan dgn alam percintaan tu...

ok..kepada yg bercinta tu..apa yg penting, tanyalah hati sendiri, "untuk apa aku bercinta?"
Jika niat benar-benar suci, iaitu untuk bernikah ( kerana itu tuntutan Allah dan mengikut sunnah ), maka peliharalah niat yg suci itu dengan sebaiknya. jangan dicemari dgn anasir2 lain..
Kalau bercinta sekadar nk bersuka-suka, maka hentikan lah. bimbang kalau2 syaitan akan mencelah..

jadi...bagi mereka yg hatinya telah 'dicuri' tu pula...( cinta tak terungkap la ni..sedihnya..hee )..berdoa lah pada Allah..jadikan lah si dia sebagai pemangkin semangat..utk maju..berjaya..utk memperbaiki diri..jadikan si dia sebagai pembimbing..sekurang- kurangnya, fikirlah dan anggaplah si dia sebagai perantaraan antara kita dgn Allah..anggap bahawa Allah hadirkan si dia dlm hidup kita untuk kita lebih mendekatiNya sebagai Pencipta kita dan Pencipta CINTA..jadi,iringkan lah dgn doa..mudah-mudahan Allah permudahkan segalanya..
bercinta @ bercouple ni tak salah tapi..ikutlah landasan2 yg telah ditetapkan...ikutlah peraturan..
dan paling penting, yakinlah dengan JANJI Allah SWT melalui lidah kekasihNya Nabi Muhammad SAW : " Jika seorang hamba Allah menahan keinginannya dari sesuatu yang haram ( kerana Allah ), maka Allah akan memberikan sesuatu yang diingininya itu mengikut jalan yang halal." [ Al- Hadith ]
ni PH nk kongsi pendapat yg pernah PH dengar..ia dituturkan oleh seorang penceramah..
katanya..Cinta ni, kalau tidak mendorong kita ke arah kebaikan, tidak mendorong ke arah syari'at dan landasan Islam...,itu bukan lah cinta dan sayang..tapi itu adalah nafsu..

jadi..sama2 lah kita fikir2kan...

cuba kita hayati bait kata- kata ni :

MAHAR CINTA

Andainya..
Dapat engkau mendengarkan..
Suara di hatiku melagukan rindu..
Kiranya..
Engkau mampu mentafsirkan..
Setiap bait kata- kata yang terucap..
Pasti dirimu kan memahami..
Harapan kasih yang terbina sekian lama di sudut hatiku..
Hanyalah untukmu..

Bukanlah aku sengaja..
Melindungi rasa di jiwa..
Namun bimbang diri kan terleka..
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah hingga terabai segala cita..
Sedang khayalan tak menjanjikan segunung kebahagiaan..
Sebagai MAHAR HANTARAN..

APAKAH MUNGKIN ENGKAU MENGERTI..
SETIAP CINTA YANG DILAFAZKAN..
BUKANLAH SEKADAR MAINAN..
TETAPI SEBUAH JANJI..

Bukanlah aku sengaja..
Melindungi rasa di jiwa..
Namun bimbang diri kan terleka..
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah hingga terabai segala cita..
Sedang khayalan tak menjanjikan segunung kebahagiaan..
Sebagai MAHAR HANTARAN..

APAKAH MUNGKIN ENGKAU MENGERTI..
SETIAP CINTA YANG DILAFAZKAN..
BUKANLAH SEKADAR MAINAN..
TETAPI SEBUAH JANJI..

Andainya..
Dapat engkau mendengarkan..
Suara di hatiku melagukan rindu..
Kiranya..
Engkau bisa mentafsirkan..
Setiap bait kata-kata yang terungkap..
Pasti dirimu dapat melihat..
Rahsia kasih yang terpendam sekian lama di sudut hatiku..
Hanyalah untukmu..
Selamanya..

" Biarlah kita beralas adat..
Demi menjaga bangsa berdaulat..
Agar kita dapat syafa'at..
Di akhirat.."

Inilah WARNA cinta yg sebaiknya..
" CINTA SESAMA INSAN..
SUBURKAN DENGAN KETAQWAAN.."


Rabu, 24 Jun 2009

LIKU- LIKU SYAITAN MENIPU MANUSIA

Wahab Bin Munabbih ra bercerita..
Ada seorang dari Bani Israel nk disesatkn olh syaitan tetapi gagal.
1 hari, hamba Allah itu keluar utk memenuhi 1 keperluan & tatkala itu juga syaitan mengikuti hamba Allah tersebut dgn niat utk mggodanya. Maka mula lah syaitan itu mggodanya melalui syahwat dan kemarahan, tapi gagal.
kmudian, ia mggoda dgn perasaan takut dgn mggulingkan 1 batu besar dr atas gunung, namun tetap gagal krn ketika itu, hamba Allah itu sedang zikrullah.
seterusnya, syaitan menukarkn dirinya mnjadi seekor ular & mmbelit sekujur badan org itu dari kaki sampai la ke kepala ketika org itu sedang solat. Bila org itu hndak sujud, ia melingkar di persujudan & mmbuka mulut seluasnya utk cuba menggigit org itu. tetap gagal krn lelaki itu miring sedikit mengalihkan kepalanya hingga dia dpt sujud dgn khusuk.
selesai solat, lelaki itu kembali memulakan langkah utk pulang, saat itu dtg lah syaitan tadi sambil berkata: "aku telah melakukan pelbagai cara utk menaklukmu, tetapi aku tidak mampu.sekarang aku ingin bergabung denganmu.aku ingin mnjadi temanmu & tidak akn menyesatkan mu lagi mulai hari ini!."
maka lelaki itu mnjwb, "Alhamdulillah! tak kan ada lagi hari di mana engkau menakut- nakutkn aku, yg padahal aku takut padamu. akan tetapi hari ini pun aku perlu engkau sebagai sanak atau teman!."
kemudian syaitan berkata, "tidakkah engkau mahu bertanya kpd ku sekarang tntang kluargamu...?apa yg telah menimpa mereka setelah kamu ini?" "mereka telah meninggal dunia sebelum aku!"jawabnya.
"tidakkah engkau bertanya kpd ku, jurus apa yg kulakukan utk menyesatkan anak cucu Adam?" ujar syaitan lagi.
"Ya! bolehlah! ceritakan kpd ku apa yg telah engkau lakukan utk mencapai tujuanmu iaitu menyesatkan anak Adam itu...?" jawab lelaki itu pula.
lalu syaitan berbicara: "Aku menggoda mereka dgn 3 hal iaitu TAMAK, KERAS HATI (KASAR) dan MABUK.
- seorang lelaki jika tamak, dia kujadikan memandang hartanya selalu sedikit sehingga dia menolak kewajipannya dan menginginkan harta org lain.
- dan jika seorang lelaki itu keras hati (kasar), ia kuputar sebagaimana anak2 memutarkan bola.dan kendati kiranya ia dapat menghidupkan org mati, aku tidak akan putus asa darinya. Ia yg mmbangun, aku yg merosak dalam kalimah yang satu.
- adapun apabila dia mabuk, akan kutuntun dia ke segala perbuatan yg buruk dan jahat seperti menuntun seekor kambing dengan telinganya sesuka kita."

haa...Lihat lah betapa syaitan itu tidak akan berputus asa utk menakluki diri kita anak2 Adam ini.
wahai para mujahid dan mujahidah..,kita diciptakan oleh Allah SWT sebagai makhluk yg paling sempurna.kita dikurniakan 'akal,maka,gunakan lah ia dgn sebaiknya agar kita tidak disesatkan oleh hasutan syaitan. jika ada di antara kita yg terpesong, tarik lah dia kembali.tegurlah dgn berhemah.nasihatkan lah dia supaya kita tidak kehilangan dirinya dan dia juga tidak kehilangan dirinya senditi..itulah salah satu t/jawab kita sebagai muslimin dan muslimah sejati yg sayang pada agama dan, bangsa dan negara..
kita tdk boleh memandang bahawa kita lah yg paling sempurna krn tidak ada manusia yg sempurna dari segala segi..oleh itu, kita perlu salaing melengkapi, saling mmbantu,dan saling menasihati sesama kita..

salam sayang dari PH..semoga hidup kita semua sentiasa diberkati Allah SWT..ameeeennnn..

Ahad, 21 Jun 2009

Didikan Terhadap Wanita

Kadang2, bila difikirkan,alangkah indahnya hidup ni andai kita ada pada zaman Rasulullah SAW. kita dpt melihat segala kesempurnaan baginda. baginda adil dlm setiap perkara.
PH ada baca 1 buku ni, ada diselitkan sedikit kisah berkaitan dengan kehidupan rumah tangga baginda. so, PH just nk kongsi la dgn kamu smua berkaitan bahan bacaan PH ni.
ok,menurut buku ni, kehidupan Rasulullah SAW dgn isterinya, Siti Zainab binti Jahsy, merupakan kehidupan yg harmoni. Jiwa & akhlaknya berkembang dgn baik & mulia, patuh dgn sgala bimbingan dari Rasulullah SAW. Ummu Salamah brkata, " Zainab binti Jahsy adalah seorang wanita yg solehah,suka brpuasa di siang hari & mngrjakan solat di mlm hari, selain pandai memasak & suka bersedekah dgn hasil usahanya sndiri. Aku tdk pernah mlihat seorang wanita yg lbh baik agamanya drpd Zainab. Lebih taqwa kpd Allah, lbh jujur bicaranya, lbh akrab hubungannya dgn keluarga,lbh besar sedekahnya & lbh besar pengorbanannya, dia bekerja smata-mata utk bersedekah, krn ingin taqarrub kpd Allah SWT.

Ketika terjadinya fitnah terhadap Sayidatina 'Aisyah, Rasulullah SAW menanyakan pendapat Zainab, maka Zainab pun menjawab, " Aku akan memelihara pendengaran & penglihatanku, aku tidak mengetahui melainkan 'Aisyah adalah seorang yang baik."

ok..tu kisah Rasulullah SAW dgn Zainab..
ni kisah baginda Rasulullah dgn salah seorang isteri baginda iaitu Shafiyah.

menurut riwayat Imam Ahmad: Rasulullah SAW menawarkan pilihan kpd Shafiyah: apakah ingin dibebaskan & mnjadi isteri baginda, @ dikirim kmbali kpd kluarganya. Shafiyah memilih utk hidup sbg isteri Rasulullah SAW, maka baginda mnjadikan pembebasannya itu sebagai mas kahwinnya.

setelah penaklukan Khaibar, dlm prjalanan pulang ke Madinah, Rasulullah SAW memerintahkan pasukan baginda utk beristirehat d suatu tmpat. jarak tmpat trsebut lebih kurang 6 Mil dari Khaibar dan baginda ingin mlangsungkan perkahwinannya dgn Shafiyah di situ namun ditolak oleh Shafiyah. tindakan Shafiyah tlh mninggalkan tanda tanya kpd Rasulullah SAW.

kmudian, Rasulullah SAW & rombongan baginda mneruskan prjalanan & sampai la ke suatu tempat yg bernama Asshahba yg jaraknya drpd Khaibar kira2 16 Mil. di situ lah Shafiyah menyatakan persetujuannya utk melangsungkan perkahwinan dgn Rasulullah SAW.lalu baginda mengirimkan Ummu Salamah sbg juru rias yg sentiasa bersedia mlakukan apa2 saja yg disuruh oleh baginda.

setelah Rasulullah SAW & Shafiyah dinikahkan, Rasulullah SAW mghampiri Shafiyah, lalu Shafiyah bangun mnymbut baginda. Rasulullah SAW brtanya kpd Shafiyah " Mengapa engkau menolak ketika istirehat pertama, utk melangsungkan pernikahan ini?" Maka Shafiyah mnjawab: "Aku khuatir akan keselamatan mu wahai Rasulullah,kerana tempat itu terlalu dekat dgn perkampungan kaum Yahudi."
ketika itu, Shafiyah berusia 17 tahun. setelah baginda mngetahui sebabnya, baginda menerima dgn hati yg terbuka.

Jadi..dpt la kita ambil teladan dari sikap Rasulullah trsebut bahawa seorang suami harus menghargai keinginan isteri & menerima baik alasan2nya, agar trbentuknya kerukunan & kedamaian dlm berumahtangga. Jangan memaksa kehndak kita terhadap orang lain, sedangkan orang lain mmpunyai cadangan yg lebih baik drpd apa yg kita inginkan.ni nasihat utk smua..

Rasulullah SAW mmbimbing isteri2 baginda dgn cara memulainya terlebih dahulu. Baginda mempraktikkan di hadapan isteri2 baginda, dan dgn sndirinya isteri2 baginda akan mengikut & mematuhinya. Dan akhirnya, isteri2 baginda merupakan isteri2 yg solehah & bertaqwa kpd Allah & mulia budi pekertinya..

SETIA SEORANG ISTERI

Di sebalik redup matamu..
Tersimpan satu rahsia..
Yang terbuku di ruangan hatimu..
Di sebalik senyumanmu..
Tersirat simpulan..
Deritanya hanya kau yang tahu..

Kau setia menanti..
Kau setia mengharungi..

Biarpun ribut badai melanda..
Kau teguh berdiri..
Walau deras angin menderu..
Kau tetap di sisi..

Ku doakan agar kau kan bahagia..
Ku doakan agar tiada lagi derita..
Moga Tuhan kan merahmatimu..
Di syurga yang selayaknya..
Untuk seorang isteri yang setia..

Setiamu kuhargai..
Kau lah isteri yang kusanjungi..
Kerana engkaulah bidadari..
Yang bersemi di hati..

Selasa, 16 Jun 2009

BERTOLAK ANSUR ATAS KETERLANJURAN ORANG LAIN

" Jadilah kamu pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang ma'ruf serta berpalinglah dari orang- orang yang bodoh " ( Surah Al- A'raf: 199 )

Adalah tidak wajar menjauhi saudara hanya kerana 1 @ 2 kebiasaan buruk yg tidak boleh diterima, sementara selebihnya baik. Dalam konteks ini, 1 @ 2 kesalahan masih dapat dimaafkan dan kesempurnaan adalah tingkat yg sgt sukar untuk dicapai.
Al- Kindi, seorang ahli falsafah muslim terkenal telah berkata: " Bagaimana mungkin anda mengharap 1 adab tertentu dari kawan anda, sementara ia terdiri dari 4 tabiat. Jiwa sahaja yang merupakan sebahagian paling dekat dengan manusia dan merupakan pusat kawalan untuk memilih dan berkehendak, tidak boleh memberi kawalannya itu kepada orang yang memilikinya untuk melakukan semua kehendaknya dan tidak boleh pula menyetujui semua yang dikehendakinya. Bagaimana dengan jiwa orang lain?"

" Demikianlah juga keadaan kamu dahulu ( dapat diketahui oleh orang lain akan keislaman kamu dengan memberi salam atau mengucap kalimah Syahadat ), lalu Allah mengurniakan nikmatNya kepada kamu."
( Surah An- Nisa': 94 )

" Maka janganlah kamu memuji- muji diri kamu ( bahawa kamu suci bersih dari dosa ). Dialah sahaja yang lebih mengetahui akan orang- orang yang bertaqwa."
( Surah An- Najm: 32 )

Memadailah jika anda bersedia menerima sebahagian besar dari tabiat saudara anda. Abu Darda' r.a berkata: " Mencela kawan itu lebih baik daripada terpaksa kehilangan dirinya. Siapa orangnya yang boleh mendapat segalanya pada diri saudaranya?" Perkataan Abu Darda' ini kemudiannya memberi ilham kpd para pujangga utk mghasilkan rangkap2 puisi dgn mkna yg sama. Di antaranya Abul Atahiyah:
Saudaraku, siapakah yg boleh mndapat segalanya dari saudara kamu, siapa?
Tinggalkanlah sedikit dari dirimu supaya engkau tidak bosan kepada yang tidak engkau beri.

Kemudian Abu Tamam At- Ta'i berkata: " Orang yang mempunyai akal yang serupa tidak akan menipu kawannya, yakni orang yang mempunyai segalanya dari saudaranya."

Seorang yang bijaksana telah berkata: " Adanya tuntutan terhadap keadilan adalah kerana susahnya mendapat keadilan "

Sementara yang lain berkata: " Sedangkan kita sendiri pun tidak boleh menerima diri kita sendiri, bagaimana mungkin kita boleh menerima orang lain? "

" Janganlah hanya kerana satu aib tersembunyi atau dosa kecil yang boleh ditutupi dengan kebaikannya yang lebih banyak, anda menjadi jauh dari seseorang yang pernah anda puji latar belakangnya, anda terima cara hidupnya, anda ketahui kemuliaannya dan anda ketahui kemampuan berfikirnya, kerana anda tidak akan mendapat seorang pun yang sempurna tanpa satu aib atau dosa. Cubalah letakkan diri anda pd tmpatnya, tdk kah anda trpaksa mlihatnya dengan redha & tdk menilainya dgn pndangan hawa nafsu. Apabila anda mletakkan diri anda pd tmptnya & mnilainya, ada sesuatu yg boleh mmbntu mndpt apa yg anda inginkn & mndkatkan diri anda kpd org yg mmbuat dosa itu. "

An- Nabighah Az- Zubyani berkata:

Tidak pernah kau tinggalkan orang yang tidak pernah engkau cela kerana rambutnya kusut.
Benarkah ada orang bersopan santun dengan sempurna?

kata2 tu tentu tdk bertentangan dgn ap yg digambarkn tntang bagaimana smstinya mmilih kwn & bgaimna smstinya sifat2 yg 4 yg ada dlm diri seorng kwn, bhwa kkurangannya boleh dimaafkan.
oleh itu, brmkna adanya kkurangan pd dirinya mmbwt anda mnjauhinya & brburuk sangka kpdnya, padahal anda tdk mlihatnya sndiri mlakukan pnyimpangan & kmungkaran itu. hndaklah smua kkurangan itu dialihkan ke dlm jiwa yg lapang & hati yg damai.
sebab.......orang ni adakalanya leka mmerhatikan jiwanya, bhagian yg paling hampir dgn dirinya itu. dan...,tu bkn bermksud mmusuhinya dan bosan kpdnya. cube bace kate2 hikmah ni, penat tau PH cari utk padankn dgn tajuk ni.hihi..

" Jangan rosakkan hubungan kamu dengan seorang kawan kerana persangkaan buruk padahal sebelumnya engkau yakin benar akan kebaikannya "

Jaafar bin Muhammad pernah berwasiat kpd anaknya:
" Wahai anakku, siapa di antara kawan2mu yg marah kpd mu sebanyak 3 kali, dan ap yg dikatakan itu adalah benar, maka jadikanlah ia sebagai kawan. "
yg ni pun salah satu yg penting, cube hayatinya:
Al- Hasan bin Wahab telah berkata: " Di antara hak- hak mencintai adalah bersedia memaafkan kesalahan kawan dan menutup mata atas kekurangannya sekiranya ada "

Diriwayatkan dari Ali bin Abi Talib r.a. tentang firman Allah:
" Maka maafkanlah ( mereka ) dengan cara yang baik. "
( Surah Al- Hijr: 85 )
menurut Ali, maksud ayat tersebut adalah redha tanpa mencela.

Ibnu Rumi telah berkata:

Sesungguhnya mereka hanyalah manusia biasa,
dan dunia initidak mungkin lepas dari sebarang cela,
yang membosankan mata atau mencemarkan minuman.
Alangkah tidak adilnya jika engkau menghendaki orang yang sempurna sementara engkau sendiri tidak sempurna.

Ada pula pujangga lain bermadah:

Hubungan kita kekal bersama pertukaran hari-hari perpisahan kita hanyalah hujan di musim semi..
Hujan itu menakutkanmu
namun engkau lihat sebab- sebabnya akan segera berlaku
Berlindunglah kepada Allah jika engkau temui kemarahan..
itu sudah tentulah cumbuan orang yang ditaati atau orang yang mentaati.

" Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama- lamanya."
( Surah An- Nur: 21 )

Engkau inginkan orang yang bersih yang tidak ada aib padanya, mana ada kayu yang wangi tanpa mengeluarkan asap.

" MAKA JANGANLAH KAMU MEMUJI- MUJI DIRI KAMU ( BAHAWA KAMU SUCI BERSIH DARI DOSA ). DIALAH SAHAJA YANG LEBIH MENGETAHUI AKAN ORANG-ORANG YANG BERTAQWA." ( SURAH AN- NAJM: 32 )

HIASAN DUNIA

" Dan orang- orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sesetengahnya menjadi penolong bagi sesetengahnya yang lain."
( Surah At- Taubah: 71 )

Kepadanya, jangan mencela dan mengungkit-ungkit sesuatu yang sudah berlalu. Dan jangan mencandainya secara berlebihan. " Jangan membantah saudaramu, jangan bergurau berlebihan dan jangan pula membuat sesuatu janji dengannya kemudian tidak engkau tepati." ( Hadis Nabi )

Kau digelar sebagai penyeri dunia,
Hadirmu melengkap hubungan manusia,
Bukan sahaja dirindui yang biasa,
Malah Adam turut sunyi tanpa hawa.

Akalmu senipis bilahan rambut,
Tebalkan lah ia dengan limpahan ilmu,
Jua hatimu bak kaca yang rapuh,
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh.

Tercipta engkau dari rusuk lelaki,
Bukan dari kaki untuk dialasi,
Bukan dari kepala untuk dijunjung,
Tapi dekat di bahu untuk dilindung,
Dekat jua di hati untuk dikasihi,
Engkaulah wanita hiasan duniawi.

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok,
Jika datangnya dari kayu yang bengkok,
Begitulah peribadi yang dibentuk,
Didiklah wanita dengan keimanan,
Bukannya harta ataupun pujian,
Kelak tidak derita mengharap pada yang binasa.

Engkaulah wanita istimewa..

Sedarilah insan penyeri dunia,
Bahawa kelembutan bukan kelemahan,
Bukan jua penghinaan dari Tuhan,
Bahkan sebagai hiasan kecantikan..

Khamis, 11 Jun 2009

PETUA^_*

PH sbenarnya tahu kamu smua tentu boring dgn blog PH ni.hihi..
hmm..jadi.PH selitkan sedikit informasi lain utk tatapan kamu smua.jom baca.

GAMAT
- kamu smua tentu tahu apa itu GA-MAT.
Gamat atau timun laut ni merupakan spesis haiwan yg unik.nak tahu knapa?
apabila gamat ni dipotong kpd dua,gamat akan bercantum kembali.jadi...gamat ni sesuai la sangat untuk mengubati luka.
tapi bukan semua luka tau..luka yg nampak berdarah ja.contohnya luka di jari akibat terkena pisau..haa..boleh la sapukan minyak gamat tu.kalau "luka di hati"...
PH tak tahu.hihi..bwat tak tahu jer..(eh2..yeke ni PH yg cakap ni??) ubatilah dgn zikir..n doa..

CINCAU
- PH rasa, mungkin ramai di antara kita yg suka minum air cincau ni, sama ada sejuk atau panas. ia memang sedap dan menyegarkan. namun...kamu smua tahu tak khasiat cincau atau nama saintifiknya 'grass jelly' ni??
ok, cincau yg kita makan adalah dalam bentuk agar-agar yg terhasil dengan merebus rumput atau daun pudina atau pokok cincau [ Mesona Chinensis ], bersama kalium karbonat. hasil pengekstrakkan air rebusan itulah akan menghasilkan cincau.
hmm..lagi..cincau ni terdapat dalam dua jenis iaitu cincau hijau dan juga cincau hitam.
dan...antara khasiatnya adalah, ia mampu meredakan panas dalaman, sembelit, kembung perut, demam dan diarea, selain membersihkan organ pencernaan daripada zat karsonogen yang merupakan penyebab kanser. menurut kajian lagi, tumbuhan cincau mengandungi karbohidrat yang mampu menyerap air. cincau juga mengandungi kandungan alkolid yang cukup banyak sebagai bahan ubat dan anti kanser.^_^
dah dulu yaa..nnti ada lagi,PH akn tintakan di blog ni.
slamat mencuba!!eh,tapi..kalau xmenjadi tu,jgn marah PH tau.

AKHLAK WANITA



siapa kata kecantikan seseorang wanita tu terletak pada paras rupa??
kecantikan seseorang wanita itu sebenarnya......terletak pada budi pekerti dan akhlak yang baik.
1) Baik??? Baik pada siapa?
Baik perangai terhadap suaminya, anak-anaknya,ibu bapanya,rakan-rakan, dan jiran tetangganya...dan masyarakat.. .. .. ..

1) bersopan santun dalam setiap tutur kata dan juga tingkah laku terhadap suaminya.
2) bercakap dengan bahasa yang baik ( tidak suka memaki-maki dan berbahasa kesat ) terhadap anak-anak.
3) bersopan santun dan beradab dengan ibu bapanya.
4) beradab dengan rakan-rakan, jiran dan masyarakat, tidak suka bertengkar dan mengata-ngata mahupun memfitnah mereka.

2) Tidak jahat mulut, iaitu tidak suka untuk mengadukan hal kepada ibu bapa, rakan-rakan, ataupun jiran-jiran berkaitan keburukan suaminya.

3) Banyak bersabar dalam menempuh segala kesusahan dan ujian daripada Allah SWT serta patuh dalam mengerjakan perintah-perintahNya.

4) Tidak berhias-hias ketika keluar rumah kerana kecantikan isteri hanyalah untuk suaminya dan bukannya untuk orang lain.

5) Tidak cepat keluh kesah dalam menempuh kehidupan.

6) Tidak memaksa suami untuk memenuhi segala keinginannya.

7) Memadai (redha) dengan apa-apa sahaja pemberian daripada suami sama ada pemberian itu disukai ataupun tidak.

8) Tidak suka banyak bercakap; berbicara hanya sekadar perlu sahaja, suka memperkatakan kebenaran dan hal-hal kebaikan.

9) Selalu berada di rumah menguruskan rumah tangga dan mendidik anak-anak.

10) Selalu berpuasa, rajin bersembahyang sunat, membaca Al-Qur'an, berzikir, dan suka bersedekah.

11) Merenung ke'abain diri, seterusnya bertaubat dan memperbaiki diri. Sabda Rasulullah SAW: "Wanita, apabila dia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta ta'at akan suaminya, maka, masuklah dari mana-mana pintu syurga yang dia kehendaki." ( Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban Tabrani dan Anas bin Malik)


WANITA LAGI????


^_^ ceriakan hari kita dengan senyuman!!takmo la masam2..ye?
skarang ni jam kt depan PH menunjukkan pukul 6.50am..
hmm..PH harap kamu semua tak bosan dengan blog PH ni..asyik berkaitan wanita je,kn??actually,PH bwt blog ni memang PH nk berkongsi idea,cerita, tentang WANITA.
wanita kan digelar sebagai Hiasan Dunia?dan seindaah hiasan tu adalah wanita yang solehah..

KEMULIAAN WANITA

ok,actually lepas solat subuh tadi,PH ada terbaca 1 ruangan Nur Islam dlm sebuah majalah.dlm majalah tu ada membicarakan tentang Kemuliaan Wanita.
skarang ni boleh dikatakan musim kenduri sebab banyak sangat majlis2 perkahwinan diadakan.family PH sndiri banyak terima undangan.spupu lelaki PH pun 3 orang yg tamatkan zaman single masing2.kita nak membina keluarga yg bahagia ni biarlah sesuai dengan landasan dan syari'at Islam,salah satunya dari segi akhlak.kaum lelaki sudah semestinya ingin memilih wanita yg solehah sebagai isteri,begitu juga kaum wanita yg menginginkan lelaki yg soleh sebagai suami dan pembimbing dalam rumah tangga.itu lah antara syarat yg boleh membentuk keluarga yg bahagia.kita doakan kpd mereka yg telah selamat diijab qabulkan tu mudah-mudahan mreka smua kekal bahagia hingga ke syurga..Amin..


jom kite patah balik pada artikel yg PH nk kongsikan bersama tadi.
ok,Islam mmberikan perlindungan dan jaminan terhadap martabat wanita dan mengangkat kedudukan wanita ke arah yg lebih mulia. Allah SWT telah memelihara dan menyambung keturunan Nabi Muhammad SAW melalui puteri baginda,SITI FATIMAH.kelahiran putera2 SITI FATIMAH iaitu HASAN & HUSIN membawa berkat,dan sentiasa dalam rahmat & pemeliharaan Allah SWT. Rasulullah SAW telah memberikan contoh terbaik utk menjadi sebagai seorang ayah yg baik. Baginda mengangkat darjat puteri2 baginda. contohnya ketika baginda pergi meninggalkan kampung halaman,Fatimah lah orang terakhir yg baginda temui.
setelah baginda pulang dari perjalanan@peperangan, baginda terus pergi ke masjid dan bersolat 2 raka'at.kemudian baginda pergi menemui puteri2 buah hatinya,baru lah baginda ke rumah isteri2 baginda.
seandainya Siti Fatimah datang menziarahi ayahandanya, maka Rasulullah SAW akan menyambut dan memberikan ciuman kpd puterinya itu, kemudian disuruh duduk sebelah baginda. begitu juga sekiranya baginda mengunjungi Siti Fatimah, maka dia akan menyambut kehadiran ayahandanya dan diciumnya Rasulullah SAW dengan penuh kasih sayang, kemudian baginda duduk di samping puteri baginda yg tercinta itu.
kamu smua, lihat lah betapa mulianya Siti Fatimah di hati Rasulullah SAW.
sehinggakan baginda berkali-kali menyebut hadis yg bermaksud: "Bahawa Fatimah adalah sebahagian dari diriku. Aku berdukacita jika dia berdukacita, dan aku akan lega jika ia senang. Sesiapa sahaja yang menyebabkan ia marah, sama dengan membuat aku menjadi marah. Fatimah buah hatiku, adalah wanita penghuni syurga." ( Hadis Riwayat Ahmad,Al-Hakim dan Bukhari ).

baginda juga mengajarkan kepada para sahabat, bahawa penghargaan kepada anak2 perempuan dan berbuat baik kpd mereka, merupakan taqarrub iaitu cara mendekatkan diri yg paling besar kpd Allah SWT yg layak memperolehi syurga dan keredhaanNya. Baginda pernah bersabda: " Barangsiapa yang mempunyai tiga orang anak perempuan, maka ia bersabar hidup dalam suka dan duka, maka ia akan dimasukkan ke dalam syurga kerana Rahmat Allah kepada perempuan tersebut. seorang sahabat baginda bertanya: bagaimana kalau hanya dua orang perempuan,ya Rasulullah? Baginda menjawab: walaupun hanya dua orang. sahabat bertanya lagi: bagaimana kalau seorang sahaja, ya Rasulullah? maka baginda menjawab : ya, walaupun hanya seorang."

mari bersama-sama kita renung, hayati, dan fahami mutiara kata dari PH ni..penat tau nak susun ayat.kalau tak menarik, ampun dan maaf dipinta^_*

*~*~ " Gadis yang MUSLIMAH..malunya mengatasi perawan, beraninya mengatasi pahlawan, Cinta dan Kasih Sayangnya terhadap insan bergelar lelaki bukan pada asyiknya angan-angan, mahupun gambaran, rindunya pada insan bergelar lelaki bukan pada pertemuan, tetapi.. Cinta, Kasih Sayang, dan Kerinduannya pada seorang insan bergelar lelaki tersemat kukuh di dalam hati bersama-sama doa, berdiri teguh di dalam hati seiring dengan KETAQWAAN dan KEIMANAN."

kata-kata yg PH tintakan di atas tadi, kata-kata yang lahir dari hati PH. mungkin insan itu tidak akan membacanya di sini, jadi,PH sekadar ingin berkongsi dengan kamu semua.^_^



Jika kita mendapat cinta kita tanpa perlu bersusah payah,ketahuilah jambatan kebahagiaan kita mungkin pendek.Tetapi,andai kata kita sukar untuk mendapatkan cinta kita,dek kerana jambatan cinta itu terlalu panjang dan punyai jalan yang berliku dan berlubang,yang membuatkan kita sering terjerumus dan seringkali terjatuh sebelum sampai ke penghujung,percayalah,cinta itu lebih bermakna kerana kita sudah melalui perjalanan yang sukar.InsyaAllah.

SALAH KE BERCINTA??

....fitrah perlukan hidayah,jika tidak,fitrah akan menjadi fitnah...

CINTA & REMAJA

adui.....memang tak dapat nak dielakkan lagi..
kalau dah jatuh cinta nk buat camana...??
hmmm...remaja dan cinta ni kan,memang sebati. kamu smua tahu tak,hanya kerana cinta ni kn,habis smua ciptaan Tuhan jadi lakaran metafora dan analogi.mana idoknye,embun,salju,pelangi,bulan dan bintang,habeh mreka yang bercinta ni mnjadikannya sebagai lambang utk puja buah hati pengarang jantung pisang mereka tu. ok,kalau kite nengok dunia hari ni kan,kebanyakan remaja kita ni hanyut di alam percintaan.bagi mereka,cinta lah segala-galanya.sampai ada yg sanggup gadaikan maruah,harta benda hanya kerana cinta.kalau da mcm itu kaedohnye,camana cinta tu nk diberkati Allah?
kalau betul sayang,betul cinta sangat,doa banyak2,minta ptunjuk Allah.kalau kluar jalan2,jgn berdua-duaan,bawa teman supaya terkawal dari perkara yg bukan2.tak kluar jumpa lagi bagus rasanya.kalau jumpa skali ja utk kenalkan diri masing2 tidak la salah rasanya,lps tu,kalau da yakin,doa la mudah-mudahan kekal slamanya.ni tidak,asal bercinta ja,nk kena bukti.buktinya pula ntah apa2.bukti yg merosakkan diri sendiri.camana remaja kita nk maju??(ewah3...emo nmpaknye PH??hihi)

Bila Dah Mabuk Cinta
lagi 1 kn,bila sebut ja tentang CINTA ni, kita dapat bayangkan kisah bagaimana Romeo yang sanggup mati kerana Juliet, Cleopatra yg sanggup bunuh diri krn Mark Anthony,Uda & Dara yg "bersanding" di pusara..lagi?? Qaisy yg sanggup jadi "majnun" (gila) krn terpisah dgn Laila. itu smua antara cerita cinta yg kita pernah dengar.

kamu smua tahu tak?ada di antara remaja kite zaman skarang ni yg sanggup tinggalkan ibu ayah mreka hanya krn nk ikut pasangan.ala...macam pantun dulu2 tu... "Nasi lemak buah bidara,sayang selasih hamba lurutkan,buang emak buang saudara,kerana kasih hamba turutkan"
alahai....begitu puitis bait2 pantun tu kan??
tengok lah betapa remaja tu sendiri cetek akal fikiran.mana tak nya,sanggup tinggalkan ibu ayah yg slama ni susah payah jaga n besarkan mreka,yg bertahun tungkus lumus utk mreka,hanya kerana seorang insan yg bergelar KEKASIH yg baru beberapa ketika mreka kenal.
remaja skarang ni pelik2 gaya cintanya.macam-macam mreka janji.contohnya,sanggup nk renangi lautan api laa,nk genggam bara jd abu la..nk daki gunung tinggi la..mcm2 lg la mreka ni.
contohnya la kan,kalau la 1 pasangan ni tgh mandi sungai,tetibe jer si gadis tu lemas,kat tepi tu pula ada seekor buaya,agak2 kamu smua kn,ada ke si lelaki tu nk berenang utk slamatkan si gadis tu?PH rasa kn,tade nye dia nk pegi.paling idok,dlm hati si lelaki tu."baik aku naik cepat2,kang tak pepasal ngn aku2 skali kene hentam dek buaya tu,aku muda lagi,kawin pun blum".kalau da mcm itu rupanya,mana janji2 manis yg ditabur dulu?tu sbagai contoh je la..tp mana la tahu kot ada yg betul2 sanggup bergadai nyawa utk ditelan dek buaya tu kn?almaklum lah,cinta punya pasal.

hmm..pada pendapat PH,kalau kamu smua nk bercinta,memang tidak ada salahnya..tapi,ikut lah batas2 syari'at yg ditetapkan..patuhi undang2 Islam.dalam masa yg sama,jgn lupa berdo'a.
stiap kali lps solat,berdo'a lah agar apa yg diimpikan tu jd kenyataan.dan kalau boleh,seiringkanlah cinta tu dengan cita2.mudah-mudahan Allah RAHMATI cinta kita tu.Amin..
bgi PH,apabila kita punyai peribadi yg baik,dan diperkuatkan lagi dengan cinta sejati,sinar kebahagiaan tu lebih bermakna.dan kalau kita slalu berdo'a,InsyaAllah,dalam seharian hidup kita,kita tak pernah rasa jauh dari si dia even kita tak berjumpa dgn si dia,tak sms@mms ngan si dia,tak berborak dlam telfon ngn si dia..sampai berjam-jam lamanya...kita takkan rasa rugi dgn smua tu,sebabnya,do'a kita tu lebih penting.percayalah,kita tak kan jauh dari si dia dengan do'a kita.insyaAllah.pada PH,biar lambat kita memiliki insan yg kita cinta berbanding cepat memiliki orang yg kita cinta,sebab,bila susah kita nk dapatkan dia,dia semakin bermakna pada kita.kita akan lebih menghargai dia.jdi,sama2 lah kita nilai kembali,apa yag kita mahukan dalam sesebuah percintaan?keredhaan@kemurkaan Allah...??^_^

LEMBARAN HIDUP WANITA SOLEHAH


Mampukah aku menjadi seperti SITI KHADIJAH?
Agung cintanya kepada Allah dan Rasulullah,
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah,
Penawar hati kekasih Allah,
Susah dan senang rela bersama..

Dapatkah kudidik jiwaku seperti SITI 'AISYAH?
Isteri Rasulullah yang bijak,
Pendorong ketika baginda dalam kesusahan dan penderitaan,
Tiada sukar baginya untuk dia laksanakan..

Mengalir air mataku..
Melihat pengorbanan puteri solehah SITI FATIMAH,
Akur dirinya pada setiap perintah,
Taat pada abuyanya yang sentiasa berjuang,
Tiada memiliki harta dunia,
Layak lah dia sebagai wanita penghulu syurga..

Ingin hatiku tabah,
Setabah umi NABI ISMAIL,
Menggendong bayinya yang masih merah,
Mencari air penghilang dahaga,
Di tengah terik mentari padang pasir,
Ditinggalkan suami,
Akur dirinya tanpa bantah,
Pengharapannya hanya pada Allah,
Itu lah wanita yang bernama SITI HAJAR..

Mampukah aku menjadi seperti SITI ZULAIKHA?
Yang akhirnya menemui CINTA SEJATI melalui cintanya pada NABI YUSUF,
Menginsafi diri atas kekesalan diri,
Yang tidak lagi menghiraukan cinta kekasih hati yang didambanya,
Beralih CINTAnya hanya kepada YANG MAHA PENCIPTA,
Tulus cintanya tiada tandingan,
Penghias seri TAMAN SYURGAWI,
Dirinya ibarat sejernih titisan embun yang putih berseri,
Megah berdiri TUGU CINTAnya,
Tegak bersama kasih abadi,
Kuasa YANG MAHA ESA,
Cintanya yang terbiar disambut dan disapa,
Berputiklah cinta dan bersinar bahagia,
Kasih cinta pada NABI YUSUF mulia..
Mampukah imanku seteguh iman SITI ZULAIKHA..

Dan..
Mampukah aku menjadi wanita Muslimah?
Mati dalam keunggulan Iman,
Bersinar indah,
Harum mewangi,
Bagai harum dan wanginya pusara MASYITAH..

YA ALLAH YA TUHANKU YANG MAHA BERKUASA,
Bimbinglah aku ke jalan keredhaanMu,
Jauhilah aku dari segala noda dan dosa,
Jauhilah aku dari segala kema'siatan,
Lindungilah aku dari segala mata kejahatan,
Hindarilah aku dari segala kemungkaran,
Hindarilah aku dari segala tipu daya syaitan durjana,
Hindarilah aku dari segala perselisihan faham,
Bimbinglah aku ke jalan kebenaran YA ALLAH,
Tuntunilah setiap langkahku dengan KEREDHAAN,RAHMAT dan KASIH SAYANG MU YA ALLAH,
Kurniakanlah yang terbaik untukku di dunia dan akhirat YA ALLAH,
Jadikanlah aku sebagai seorang MUSLIMAH yang berjaya dan bahagia di dunia dan akhirat YA ALLAH,
Janganlah engkau lekakan aku dengan keindahan dunia ciptaanMu ini YA ALLAH,
Bantulah aku untuk mematuhi segala suruhanMu,dan meninggalkan segala laranganMu YA ALLAH,
Selamatkan lah aku dari segala bala bencana YA ALLAH,
Hidup dan Matikan lah aku dalam keimanan dan ketaqwaan YA ALLAH,
Engkau terima dan qabulkan lah doa,harapan,dan impian hambaMu ini YA ALLAH..
Bimbinglah daku YA ALLAH,YA RAHMAN,YA RAHIM..
AMIN..AMIN..AMIN YA RABBAL 'ALAMIN..

Selasa, 9 Jun 2009

PERIBADI MUSLIMAH

- Wanita Islam dengan Tuhannya
- Wanita Islam dengan dirinya
- Wanita Islam dengan ibu bapanya
- Wanita Islam dengan suaminya
- Wanita Islam dengan anak-anak & menantunya
- Wanita Islam dengan jiran tetangganya
- Wanita Islam dengan saudara & sahabatnya
- Wanita Islam dengan kerjaya profesional

"Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah". Hadis Riwayat Muslim

Ok..yang PH (PermaisuriHati) tulis kat atas tu, jelas & terangnya ia berkaitan dengan seorang wanita..
kat sini PH nak kongsi sedikit ilmu dengan korang sume..^_^
maaf kalau blog PH ni tak secantik blog orang lain..ini lah PH seadanya..^_*

~~**~~ "Wanita", ibarat sekuntum bunga..cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara.. yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah wanita solehah yang mulia akhlaknya..,kerana akhlak itu umpama bunga diri. Tiada guna berwajah cantik tapi buruk akhlaknya,tiada guna juga berwajah jelita tapi hati kosong dari ilmu.. Ibarat bunga..ada yang cantik apabila dipandang tapi busuk baunya,ada pula yang kurang menarik & baunya juga kurang menyenangkan, ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar,TETAPI apabila dihalusi dengan mata hati,ternya amat tinggi nilainya..^_^

hmm..WANITA....ni juga...adalh makhluk Allah yang amat ISTIMEWA. kemuliaan & keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan WANITA. Oleh yang demikian,Allah telah menetapkan hukumNya ke atas mereka; walaupun berat dipandangan mata si jahil & ingkar tetapi ia adalah kemanisan iman yang dicipta oleh WANITA.

haa..bahaya betul jd wanita ni ea??cuba korang bayangkan dalam dunia ni,seeeeeeeeemua laki??ha,camana ya??hihi.tapi..apa2 pun,setiap yang diciptakanNya tu punya fungsi masing2..soo..kpd sesiapa yg bergelar WANITA..pandai2 lah gunakan setiap apa yang telah dikurniakn & dianugerahkan oleh Allah SWT..jgn leka,angkuh...sombong...:-)
jom bace lagi..

sebab itu lahhh...sebagai anak,dia kena jadi anak solehah..(ea??degil2 manje tu xpe kot..tp usah melampau) sebagai remaja,dia kena jadi remaja yg berhemah..sbagai isteri..dia mesti jadi isteri yang menyenangkan hati suaminya...(dengor ler cakap para suami wahai kaum isteri...kalo idok..kome sume tadenye nk masuk syurga..jangankan masuk,bau pun idok le jugak nye yer??hihi..jadi..renung2kan lah..jangan jeling2 jer..)

hmm...sbagai ibu pula..dia kena la didik anak2nya dengan penuh kasih sayang,dan didikan agama yang kukuh..dan................sebagai hamba Allah,sudah semestinya lah,dia kena menjadi hamba yang tunduk & menyerah diri hanya kepadaNya...

sebagaimana firman Allah SWT dlm Surah An-Nisa' : ayat 24 yang bermaksud :
" barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita, sedang ia seorang yang beriman, maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun"

ok....apa yang tertulis kat sini,sama2 la kita ambik intipatinya...ya??
PH bukan je tulis utk korang bace jer, ni pun sbagai ingatan utk PH sndiri juga..yelaa..kita ni smua manusia,tak de nye yg sempurna sgalanya..jom sama2 perbaiki 'kelemahan' yg ada utk kbaikan dunia & akhirat..^_^

"wanita hiasan dunia,seindah hiasan adalah wanita solehah......." (ni antara bait2 yg terdapat dalam lagu IMPIAN KASIH,nyanyian In-Team..ada pluang,dengor2 la yer)