BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 11 Jun 2009

AKHLAK WANITA



siapa kata kecantikan seseorang wanita tu terletak pada paras rupa??
kecantikan seseorang wanita itu sebenarnya......terletak pada budi pekerti dan akhlak yang baik.
1) Baik??? Baik pada siapa?
Baik perangai terhadap suaminya, anak-anaknya,ibu bapanya,rakan-rakan, dan jiran tetangganya...dan masyarakat.. .. .. ..

1) bersopan santun dalam setiap tutur kata dan juga tingkah laku terhadap suaminya.
2) bercakap dengan bahasa yang baik ( tidak suka memaki-maki dan berbahasa kesat ) terhadap anak-anak.
3) bersopan santun dan beradab dengan ibu bapanya.
4) beradab dengan rakan-rakan, jiran dan masyarakat, tidak suka bertengkar dan mengata-ngata mahupun memfitnah mereka.

2) Tidak jahat mulut, iaitu tidak suka untuk mengadukan hal kepada ibu bapa, rakan-rakan, ataupun jiran-jiran berkaitan keburukan suaminya.

3) Banyak bersabar dalam menempuh segala kesusahan dan ujian daripada Allah SWT serta patuh dalam mengerjakan perintah-perintahNya.

4) Tidak berhias-hias ketika keluar rumah kerana kecantikan isteri hanyalah untuk suaminya dan bukannya untuk orang lain.

5) Tidak cepat keluh kesah dalam menempuh kehidupan.

6) Tidak memaksa suami untuk memenuhi segala keinginannya.

7) Memadai (redha) dengan apa-apa sahaja pemberian daripada suami sama ada pemberian itu disukai ataupun tidak.

8) Tidak suka banyak bercakap; berbicara hanya sekadar perlu sahaja, suka memperkatakan kebenaran dan hal-hal kebaikan.

9) Selalu berada di rumah menguruskan rumah tangga dan mendidik anak-anak.

10) Selalu berpuasa, rajin bersembahyang sunat, membaca Al-Qur'an, berzikir, dan suka bersedekah.

11) Merenung ke'abain diri, seterusnya bertaubat dan memperbaiki diri. Sabda Rasulullah SAW: "Wanita, apabila dia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta ta'at akan suaminya, maka, masuklah dari mana-mana pintu syurga yang dia kehendaki." ( Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban Tabrani dan Anas bin Malik)


0 comments: